Tinggal Pesanan

Online Users

Thursday, June 30, 2011

Tutorial Wishlist/Kotak Impian

Selamat pagi semua, saya ingin berkongsi satu tutorial pada hari ini. Iaitu cara membuat wishlist ataupun dalam bahasa melayu KOTAK IMPIAN . Nak tengok gambar wishlist ? Sila tengok gambar di bawah :

Jenis Free Tick
Jenis Tak Boleh Tick
Jenis Ticked

3 jenis kotak impian di atas ADALAH contoh !

Mula-mula , pergi ke area yang html enabled. dan seterusnya ikut langkah di bawah

<left>

TUKAR AYAT ANDA

TUKAR AYAT ANDA

TUKAR AYAT ANDA

TUKAR AYAT ANDA

TUKAR AYAT ANDA

TUKAR AYAT ANDA

TUKAR AYAT ANDA

</left>

Di tempat "TUKAR AYAT ANDA" itu letak ayat anda sendiri ye.

Tambah salah satu kod di bawah SEBELUM kod >TUKAR AYAT ANDA

checked - untuk ada tick
disabled - untuk disabled tick

Sekian tutorial, ada sebarang masalah sila kemukakan di ruangan komen !

Wednesday, June 29, 2011

KOLEKSI GAMBAR TANGGA YANG UNIK DAN KREATIF

Tangga digunakan di rumah untuk pergi dari satu tingkat ke tingkat yang lain. Kebanyakkan tangga adalah biasa dan membosankan. Post kali ini kami ingin kongsikan koleksi tangga yang sangat unik dan kreatif. Rasa nak pasang satu kat rumah lepas tu duduk lepak dekat tangga je tiap-tiap hari.
Minimal Staircase

Helical Stairs

Perghh siap ada slide tu....

Steel Stairs

Hehehe tangga dengan rak buku, boleh simpan 6000 buku. Korang ada?

Ceiling Staircase

Glass Stairs

Tangga yang Menjimatkan Ruang

spiral staircase

Hidden Door Staircase

Staircase Slide

Macam mana cool kan? Kami paling suka yang ada gelongsor sekali tu, macam best je ada playground dalam rumah hohoho... :D

SUMBER:

Tuesday, June 28, 2011

KOLEKSI GAMBAR GADIS YANG TERAPUNG DI UDARA

Seni fotografi memang selalu dapat mengagumkan kita semua. Sebelum ini kami pernah kongsikan koleksi gambar seorang bapa yang ambil gambar anak-anak perempuan mereka dengan comel dan sangat kreatif. Kali ini kami nak kongsikan gambar seorang jurufoto Jepun, Natsumi Hayashi yang kononnya boleh terapung di udara.
baju dia cantik la hohoho

telefon sambil terbang hohoho

jatuh nanti sakit ni hohoho

penat berjalan angkat barang berat, terbang je la hohoho

haha ada hantu kat koridor sekolah

ni kes tanak bayar tambang la ni hohoho melompat masa check tiket

nak tikam bola pon terbang ke =.="

aku statik

barapung-apung di taman hohoho

kombo sekali 2 gambar

dua-dua ni smart. nice~

Semua gambar ni tidak menggunakan Photoshop tapi menggunakan shutter speed yang sangat pantas untuk membekukan pergerakan gadis ini masa dia melompat. Shutter speed yang digunakan mungkin 1/5000s ke atas

SOURCE:
cisdel.com

Monday, June 27, 2011

Pet Pandas ?

Haiwan peliharaan di China ! Adakah ia benar-benar PANDA ?

Tidak. Ianya seekor chow chow anjing yang dyed hitam putih bagi menyerupai wajah panda.

Credit : Business Opportunities

Panduan Temu Janji Pertama

Apa yang dia buat tuu o.O?

Credit : Cisdel

Bila Ahli Keluarga Bertukar Kepala

Manipulasi foto mampu membuatkan sesuatu perkara biasa menjadi luar biasa dan menakjubkan. Kali ini kami ingin kongsikan koleksi gambar bila ibu-bapa dan anak-anak mereka bertukar kepala. Koleksi ini diberi nama Kindskoepfe (“Grown Ups”) dan dihasilkan oleh Florian Schmucker, Paul Ripke, dan POP.

Macam mana comel kan? Hahaha sila la cuba jugak kalau berminat tapi diingatkan awal-awal manipulasi di atas ni semua dilakukan oleh profesional jadi jangan la tension kalau cubaan anda tak jadi. Teruskan mencuba dan cuba dan cuba lagi :)

Credit : Cisdel

Sepenuh Hati Untuk Lakonan

Lisa rancang sambung pengajian apabila tiba pada masanya

BERTUAH sesiapa yang memiliki gadis ini - jelita, bijak dan berbakat. Lebih utama sifat lemah lembut gadis Timur masih menebal dalam diri si cantik manis bernama Lisa Surihani malah tidak hairan sejak menceburi arena seni kira-kira empat tahun lalu, sudah beberapa jejaka popular dikaitkan punya hubungan dengannya.
Selain cantik, ditambah pula mempunyai kelulusan kelulusan dalam bidang guaman. Anak kedua daripada lima bersaudara ini pernah menyatakan hasrat menyambung semula pengajian. Namun adakah impian itu terbantut dek kejayaan yang diraih dalam industri seni?

“Belajar bukan hanya di sekolah atau peringkat kolej kerana pembelajaran boleh merangkumi semua aspek. Menerusi seni juga saya mengenal banyak perkara yang ada di antaranya tidak mungkin dapat diperoleh di mana-mana.

“Buat masa ini keluarga merestui perjalanan ini membuatkan saya belajar bersungguh-sungguh untuk menjadi anak seni yang baik. Apabila sampai masanya nanti, saya akan menyambung pengajian secara formal seperti dihajatkan,” katanya.

Benar seperti diperkatakan ramai, kebijaksanaan serta kematangan Lisa membolehkannya dipilih menyertai Perbincangan Meja Bulat 1Malaysia mewakili golongan seni dalam memberi pandangan baru sebaris dengan Aznil Nawawi, Amy Search, Pete Teo dan Low Ngai Yuen.

Perbincangan meja bulat 1Malaysia yang julung kali diadakan secara talian hasil ilham Datuk Seri Najib Razak diadakan bagi membolehkan rakyat mengemukakan komen, cadangan atau idea saksama serta kukuh khususnya yang lebih segar.
“Saya membentangkan dua kertas cadangan iaitu membabitkan soal kemanusiaan sejagat, manakala isu yang kedua adalah cadangan untuk mewujudkan syarat kelayakan buat mereka yang ingin menjadikan bidang seni sebagai mata pencarian mereka.

“Syarat kedua itu juga untuk diri saya. Seharusnya sebelum memasuki bidang seni, tamatkan dulu pelajaran kerana biarlah mereka yang mahu menjadi anak seni perlu ada kelayakan atas kertas, bukan terhad kepada akademik semata-mata malah kemahiran lain,” katanya lagi.

Wajah aktres yang lebih dulu berkecimpung dalam arena pengiklanan turut laris dipilih mewakili jenama terkenal dan terkini Sofy 360 melantiknya sebagai duta produk mereka.

Istimewanya, permainan yang dinamakan The Sofy Shopper’s Rush dihasilkan khusus untuk bintang jelita itu yang membolehkan pengguna menyertai cabaran membeli belah menerusi laman sosial Facebook.

Lisa juga bersyukur kerana sering mendapat tawaran berlakon. Bagaimanapun, Pelakon Filem Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2010) hanya menerima satu tawaran pada satu masa untuk memastikan tiada masalah berbangkit di kemudian hari.

“Apabila diundang menjayakan sesuatu penerbitan, saya anggap ia sebagai tanda ada pihak percaya terhadap kemampuan dan hasil kerja kita. Sudah pasti saya memberikan hasil terbaik, bukan sekadar produksi berkaitan malah rakan lain”

“Hendak kata semua tawaran berlakon datang kepada saya, itu mustahil. Sama juga seperti individu lain, ada masa saya dapat peluang dan ada masa juga saya masih punya waktu duduk di rumah. Cuma sebagai pelakon, disiplin antara teras yang cuba saya patuhi,”
katanya.

Biarlah Yusry saja bersuara

Kini peminat mahu pun media tidak perlu berteka-teki kerana sudah pasti hatinya sudah dicuri pengarah ternama, Yusry Abdul Halim yang secara terangan membuat pengakuan hubungan antara mereka lebih daripada seorang kawan.

Begitupun, sebagai gadis yang dibesarkan dengan adat budaya Melayu yang berpegang kepada prinsip tradisional, baginya tidak dia perlu menggembar-gemburkan sesuatu yang masih pada peringkat permulaan terutama berkaitan cinta.

Enggan membiarkan kisah cinta membatasi kerjaya, bagi si manis berusia 25 tahun itu biarlah pengakuan Yusry bukan sekadar menamatkan desas desus status mereka sebaliknya turut mematikan sebarang persoalan cinta sebaik saja pengakuan dilafazkan.

“Kami berkongsi dan berbincang banyak perkara termasuk sebelum Yusry mengesahkan desas-desus perhubungan kami. Seperti diperjelaskan tempoh hari, kami masih dalam proses mengenali hati budi”

“Ya, tiada yang perlu diselindungkan, cuma biarlah dia saja yang bersuara. Untuk bercakap mengenai fasa seterusnya juga agak terlalu awal malah kami menyerahkan segala-galanya kepada Allah. Lebih utama ialah keluarga merestui hubungan ini,”
katanya dengan ramah.

Bukan kurang selesa setiap kali diaju persoalan serupa, bagi Lisa jika asyik isu sama diketengahkan hanya akan membuatkan insan sekeliling muak apatah lagi sebagai orang baru dalam industri masih banyak perlu dipelajari.

“Saya tidak mahu nanti terlampau dikaitkan dengan cerita peribadi, mutu lakonan pula entah ke mana. Biarlah buat masa ini saya lebih menumpukan kepada usaha memperbaiki mutu lakonan,”
katanya.

Credit : Berita Harian

Chong Wei Mantap

Lakar kejuaraan hatrik selepas benam Peter Gade pada aksi final

LEE Chong Wei meraikan kejuaraan keenamnya tahun ini dengan catatan manis apabila melakar hatrik kejuaraan perseorangan lelaki badminton Terbuka Indonesia selepas menewaskan pemain Denmark, Peter Gade Christensen di Istora Senayan, semalam.

Pemain nombor satu dunia itu yang setakat ini sudah empat kali menjuarai Terbuka Indonesia selepas mengungguli pada 2007, 2009 dan 2010 nyata sukar ditandingi oleh Christensen apabila mudah menamatkan saingan dengan 21-11, 21-7 dalam masa hanya 31 minit.

Malah, dalam pertarungan itu, Chong Wei, 29, hanya membenarkan lawan sekali saja mendahului pada set pertama pada kedudukan 3-2, sebelum langsung tidak membenarkan Christensen memintasnya hingga ke mata penamat, sekali gus mengekalkan rekod cemerlang mengungguli 13 daripada 14 pertemuannya dengan bekas pemain nombor satu dunia berusia 35 tahun itu.

“Saya bermain dengan penuh keyakinan dan tidak terjejas langsung dengan gelagat penonton,”
kata Chong Wei kepada wartawan mengenai suasana bising penonton yang bersorak setiap kali dia melakukan smash.

“Tentu sekali Peter adalah seorang pemain yang bagus... tetapi kami sudah bermain menentang antara satu sama lain sebanyak 14 kali, maka saya tahu bagaimana cara dia mencorakkan permainannya.”

Chong Wei yang mara ke tujuh final tahun ini telah memenangi lima kejuaraan sebelum ini - Terbuka Malaysia, Grand Prix Emas, Seluruh England, Terbuka India dan Masters Final - dan satu-satunya kekalahan yang dialaminya ialah kepada jaguh China Lin Dan di Terbuka Korea Januari lalu.
Laluannya ke final Terbuka Indonesia kali ini agak mudah apabila memulakan saingan menentang pemain muda tuan rumah Tommy Sugiarto di pusingan pertama, menewaskan pemain ranking ke-27 dari Hong Kong, Wong Wing Ki di pusingan kedua, menyingkirkan pilihan ketujuh dari Vietnam, Nguyen Tien Minh di suku akhir sebelum mengetepikan pilihan keempat dari China, Chen Long di separuh akhir.

Usaha Chong Wei memburu kejuaraan hatriknya menjadi lebih mudah apabila seteru utamanya, Lin Dan yang dijangka menjadi lawannya pada final tersingkir awal secara mengejut di pusingan kedua kepada pemain Jepun, Sho Sasaki.

Kemenangan semalam membolehkan Chong Wei membawa pulang hadiah wang tunai AS$45,000 (RM136,822) kejohanan yang menawarkan hadiah kedua termahal selepas Terbuka Korea, manakala Christensen membawa pulang AS$22,500 (RM136,822).

Sementara itu, dalam perseorangan wanita, pemain India, Saina Nehwal gagal mempertahankan kejuaraan yang dikuasainya sejak dua tahun lalu selepas tewas kepada pemain nombor tiga dari China, Wang Yihan 12-21, 23-21, 21-14.

Credit : Berita Harian